Wednesday, April 11, 2012

persahabatan pen dan kertas.

suatu ketika dulu, perkataan itu pernah terpacul dari bibir kau.
cerita yang kau ceritakan dulu masih lagi kekal dalam benakku.
seperti semalam aku mendengar kau berceloteh.


"pernah kau dengar cerita tentang persahabatan pen dan kertas?"
aku hanya menggeleng dan memberi pandangan kosong terhadap kau.
tapi kau hanya memberikan senyuman seikhlas yang kau mampu.
aku menunggu.
tapi kau tetap dengan perlakuanmu.
ahh persetankan, kerana aku malas berfikir.






bila aku kembali berada di tahap kewarasan yang normal,
kata-kata kau membuat aku terfikir.
kenapa pen dan kertas?
aku mula mencari maksud tersirat yang kau cuba sampaikan.






kertas.
dia boleh hidup seorang.
dia boleh jadi origami.
dia boleh jadi bahan istinjak di kala kesempitan.
dia boleh terbang dibelai dek angin.
dia boleh diceraikan kepada beberapa bahagian.
tapi dia tetap kertas.
sama seperti sebelum tu.
cuma dia kekal seorang.


pen.
kau juga seorang.
tapi kau tidak boleh hidup seorang.
kelebihan kau tidak dapat dilihat.
tanpa kertas kau tak bererti apa-apa.
kau cuba melengkapkan dirimu.
mencari dan mencari kertas.






pen dan kertas.
kau dan dia mula berkawan.
ke mana sering bersama.
seperti belangkas.
mungkin juga seperti isi dan kuku.
kerana kau dan dia sering memerlukan.


kepada pen,
untuk coretan sedih, aku sentiasa menjadi bahu untuk kau menangis
untuk coretan gembira, aku sentiasa menjadi tempat kau ketawa
untuk coretan benci, aku sentiasa menjadi tempat melampiaskan amarahmu
untuk coretan cinta, aku sentiasa menjadi taman yang berbunga bunga
untuk coretan rindu, aku sentiasa membiarkan angin lalu membawaku kepada yang dirindu
untuk coretan kosong, aku sentiasa mengisi kekosonganmu


kepada kertas,
aku memerlukan kau di setiap ketika.
tanpa kau aku kosong.
walaupun aku tahu setiap pertemuan itu ada perpisahan.
aku tetap berjalan dan terus berjalan dengan megah.
berdiri utuh di atasmu.
agar mereka tahu kita adalah satu.
dan pabila dakwatku berhenti mengalir.
diam.






aku pergi dengan aman.
kerana aku tahu memori yang aku lakarkan pada kau tidak akan pudar.


wujud. sentiasa. kekal.



Sunday, January 29, 2012

kenangan lama mengusik jiwa

noktah cinta by hafiz af


cuti semester ni aku banyak habes kan masa kat kampung. mulakan balek sume rutin rutin yang pernah aku buat suatu ketika dahulu. bangun awal pagi, sebab ayam jantan tak berhenti henti dan tak reti reti nak stop berkokok..geram plak aku tyme tu, errgggghhhh.. 


lepas suboh tak tido daa..yela, mandi air sejuk macam perigi, azab giler aku nak menahan, kompem tak ngantok da lepas tu.. hikhik.. 


petang pulak tengok budak budak kecik maen ,teringat tyme kecik kecik dulu.. aku buat jugak benda benda macam tu tapi budak budak tu lg advance dari aku..

kalau dulu kecik kecik maen beskal je.. yang ada roda tiga tu..





sekarang hambek ko.. slumber je lalu depan aku.. 
pehhh makan asap wa cakap lu!




kalau dulu aku maen layang layang buat dari plastik je..



tapi sekarang..  penguin pon boleh terbang ke atas..



tapi ada satu benda yang dorang maseh buat sampai sekarang..


panjat pokok!

aku pon tadi baru je lepas panjat pokok jambu air sebelah rumah nenek aku ni, buah dia lebat giler, menggoda u!  memang tak tolek kiri kanan la..


aku pon dengan sombong, bongkak, takbur nya pegi panjat pokok jambu sorang sorang..
tapi nak panjat pokok jambu ni kena hati hati lebih. sebab dahan dia tak tahan sangat, rapuh.. 
silap silap dahan dia boleh patah, n tulang pon patah.. haha


tengok la merah dia macam mana.. bubuh asam, memang perghh !!

buah belimbing besi pon ada tadi, tapi yang ni xpayah panjat, pokok dia rendah je..
aku boleh lompat je nak buah dia. tu la untungnya jadi tinggi .. hikhik..


tu makan dia ~~ nais..!

nyum nyum ... aku nak g melantak buah yang aku dah berhempas pulas bermandi peloh nak amek tadi..
time to eat!  


Saturday, December 10, 2011

gerhana bulan 10.12.2011

cry cry by t-ara

yo ledis and jentemeng..


semalam semua orang dok kecoh2 pasal gerhana bulan, konon2 nya gerhana tu susah nak nampak.. yeke? aku xtaw plak selama ni.. hikhik..

budak2 kolej aku pon semua dok pakat duduk luar rumah, siap dengan pak guard skali join malam tadi.. giler excited pak guard tu, dia yang melebih2 amek gambar.. padahal bukan nampak pon kalau amek macam tu kan.. ikut logik.. ppffffftttttttttttt.....

kepada sesiapa yang terlepas tengok malam tadi, ni aku amek khas untuk korang.. seriyes laen dari yang laen..



tadaaa.....!!!!!



note : kerap berlakunya gerhana antara tanda kiamat.. sendiri maw ingat la..

erghhh


seriyes kalau aku jumpa lelaki macam ni memang aku cekik2 ko smpai biru muka tu! pppfffffffftttttttttttt  [-.-']

pretend

blind by Trax








I was wondering .. pretending everything is okay when it's not is one of the most difficult things to do.. throughout my life, I've always been afraid of losing people I love. sometimes i wonder, is there anyone out there afraid to lose me ? 




note : aku pasan sumthing kat si kotak tu, dia kencing ke? hikhik

Saturday, November 19, 2011

realiti dan kepercayaan

bismillahirrahmanirrahim ..

dah berkurun aku tak tulis apa2 kat blog ni. latest thing yang aku buat, aku detele semua entry yang aku pernah tulis. bagi aku, time to move on. dari aku dok simpan kenangan yang buat aku sendiri sedih, baek aku tengok ke depan je, no turning back. kata orang, "cinderella wouldn't be a cinderella if she turn back to pick up her shoes"
so, moral of the story, kaki ayam lebih baek, (ada kaitan ke?..)

anyway, latest thing yang aku search is about matlutfi punya video baru ; rokok dan kopiah


"jangan sampai jadi perigi buta. sudahlah buta, kontang lagi"


aku memang respect la kat matlutfi ni. sempoi. stylo. sengal. otak dia memang tiptop la.
tengok video yang ni buat aku realise sumthing about life. kadang2 kita terlalu sibuk untuk ambil tahu apa yang  orang laen ada sehinggakan kita tak sedar apa yang kita ada

Allah akan berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita kehendaki "selagi kau bergantung pada yang TAK MATI"

renung2kan lah..

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang
menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. 

Sukses tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tapi dari kesulitan-kesulitan yang berhasil diatasi ketika berusaha meraih sukses 

Hari ini Anda adalah orang yang sama dengan Anda di lima tahun mendatang, kecuali dua hal : orang-orang di sekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca.

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.


note : berubahlah sebelum engkau menyembah tanah